Latar Belakang

Wedding NMAA.Collection ini telah dibangunkan pada tahun 2012.  Dengan minat dan kepakaran yang ada pada diri kami, kami telah berusaha untuk menubuhkan satu perusahaan Butik Pengatin yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti majlis kawin, tunang dan majlis-majlis yang berkaitan dengan persolekan, fotografi, kad kawin dan sebagainya.. Kami juga telah menawarkan pelbagai perkhidmatan mengikut bajet dan kepeluan pelanggan sendiri. 

Walaupun sudah setahun Wedding NMAA.Collection ini dibuka, kami sudah pun mempunyai pelanggan tetap yang setia untuk mengunjungi Butik kami ini. Pelanggan kami bukan sahaja dalam lingkungan yang sudah berumah tangga tetapi juga ramai pelanggan kami dalam lingkungan remaja yang memang minat dalam fesyen perkahwinan.
Selain itu, kami juga telah menawarkan beberapa program kecantikan kepada individu yang berminat dalam bidang ini.  Kelas akan dijalankan bertempatan di Butik kami sendiri bagi individu yang sedikit dan kami juga akan pergi secara terus ke tempat yang dijanjikan yang mempunyai kadar pelajar yang ramai untuk mengikuti kelas kecantikan ini.
Wedding NMAA.Collection ini berlokasi di Afamosa Resort Alor Gajah Malacca dan telah membuka 5 cawangan di Pavilion (KL), Afamosa Resort (MELAKA), Kuala Terengganu (Terengganu), Johor Baharu (Johor) dan juga di AEON Seksyen 18 (Perak).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan